Sunday, November 25, 2007

Multinational Corporation

(MNC)

Secara amanya, MNC tidak mempunyai komitmen sejati kepada negara asalnya mahupun terhadap negara tempat ia melabur. Sebagai contoh, MNC begitu mudah memindahkan operasi kilang dari sebuah negara ke sebuah negara lain di mana ini mengakibatkan pengangguran mendadak pada negara yang ditinggalkan. Negara yang ingin menarik pelaburan oleh MNC juga terpaksa menawarkan subsidi dan insentif yang besar kepada syarikat-syarikat ini dan ini semua ditanggung oleh pembayar cukai. Kehadiran MNC juga selalunya mengancam syarikat-syarikat kecil tempatan yang tidak ampuh bersaing.

Walau apapun impak positif atau negatif globalisasi yang dibawa oleh MNC, kuwujudannya dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia tidak dapat dielakkan. Malahan China yang kini sedikit demi sedikit membuka pintu ekonominya juga tidak dapat melawan arus deras yang dibawa oleh syarikat-syarikat gergasi ini. FDI oleh MNC sememangnya penting untuk pertumbuhan ekonomi. Pada masa yang sama, kita harus memastikan kehadiran mereka turut memberikan nilai tambah yang positif pada ekonomi, sumber, dan buruh tempatan. Adalah tidak bermakna sekiranya kehadiran mereka hanyalah atas dasar kebaikan kita menawarkan pelbagai insentif buat mereka mengaut hasil sumber kita di mana akhirnya tiada peningkatan margin nilai tambah pada sumber kita.


Strateginya syarikat-syarikat raksasa ini memberikan pekerjaan kepada 90 juta manusia di seluruh dunia; menyumbang 25 peratus untuk Keluaran Kasar Dunia; malahan daripada 100 ekonomi terbesar dunia, 53 daripadanya merupakan syarikat-syarikat MNC. Demikianlah betapa besarnya MNC. Boleh dikatakan seseorang CEO sesebuah MNC adalah ibarat perdana menteri atau presiden bagi sebuah negara bangsa.

Sumbernya Gabel dan Bruner dalam buku mereka Global In.c: An Atlas of Multinational Corporation